********************************
Dalam banyak² perkara, kenapa cadang untuk simpan emas? Semua aset digalakkan untuk simpan, cuma harga yang lain lebih tinggi berbanding emas yang jualannya meluas dan lebih mudah dibeli dan didapati.
Emas berharga atau tidak? Inilah masanya kita fikirkan. Kita rungkai persoalan ini dalam minda kita sendiri. Saya cetuskan persoalan untuk kita fikirkan bersama.
Kenapa orang rompak emas?
Kenapa orang simpan emas?
Kenapa negara simpan emas?
Kenapa dalam filem rompakan mesti emas?
Kenapa adegan curi kebanyakannya emas?
Kenapa tempat pertama pertandingan diberi pingat emas?
Kenapa emas boleh bawa gaduh dalam pembahagian harta?
Kenapa perempuan berlumba simpan emas?
Kenapa perempuan suka tunjuk emas siapa banyak?
Kenapa kedai emas sangat susah bankrap?
Kenapa kerja lombong emas gaji mahal?
Kenapa kedai emas ada pengawal?
Kenapa kedai emas kawalan ketat?
Kenapa kalau rumah dirompak, emas diisytihar kehilangannya?
Kenapa warna emas dijadikan warna diraja?
Kenapa banyak peribahasa menunjukkan berharga dinisbahkan dengan emas?
Kenapa habuk emas tetap dikutip dan disimpan rapi?
Kenapa emas menjadi simbol kekayaan?
Semua persoalan ini tidak lain adalah kerana nilai item itu sendiri. Apabila kita miliki jiwa yang besar, pasti kita dipandang orang. Macam itulah juga dengan emas. Sekian lama punyai nilai jiwa yang tinggi, sudah pasti ianya menjadi perhatian orang.
**************************
No comments:
Post a Comment