Tuesday, 26 May 2020

CARA MULAKAN PELABURAN EMAS MODAL KECIL

Bila sebut tentang emas, kebanyakan orang lelaki akan terbayang barang kemas. Apatah lagi wanita yang sinonimnya dengan barang kemas. Bila sebut emas bar pula, kita terbayang macam dalam filem, emas berkilo-kilo, bertan-tan. Angkat satu-satu susun baik-baik dan cantik-cantik. Betul kan?

Sebenarnya tak perlu modal besar pun untuk mulakan pelaburan emas. Kalau ada bajet sekitar RM250 sebulan pun dah boleh mula menyimpan emas. Bagi saya, yang penting mulakan dulu dengan modal kecil. Bila dah mula, baru kita faham dan ada ilmu tentang pelaburan emas. Bila dah mula, baru faham bila harga emas tinggi ataupun rendah. Selagi tak mula, kekadang nak explain pun susah. Lambat sikit faham berbanding orang yang dah bermula.

Sebelum melabur, saya sarankan simpan duit kecemasan sekurang-kurangnya 6 bulan pendapatan. Tetapi bagi siapa yang belum cukup 3 bulan pendapatan, boleh mula beli dulu dengan bajet kecil, antaranya syiling 1 dinar atau gold bar 1 gram. Lepas tu baru fokus cukupkan 3 bulan pendapatan. Mulakan dulu sebagai motivasi menyimpan emas dan kumpul harta.

Bagi yang nak mulakan pelaburan emas dengan modal kecil, mungkin anda boleh pertimbangkan salah satu daripada cara ni;

#1 – Beli Emas Secara GAP

Public Gold ada sediakan alternatif terbaru penyimpanan emas yang diberi nama Gold Accumulation Program (GAP). Ia memudahkan kita menyimpan emas walaupun dengan modal bawah RM250. Ini kaedah simpan emas paling mudah buat masa ini di Malaysia. Kaedah belian Akaun Emas GAP ni mirip Akaun Emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH). Kita boleh beli emas sekecil 1 gram, dan boleh tambah simpanan dari masa ke semasa dengan gandaan 1 gram.

Walaupun ia “akaun emas” tetapi kita boleh keluarkan emas tu dan simpan sendiri. Jangan risau kawan, ianya patuh syariah. Bagi sesiapa yang tak nak simpan sendiri (sebab takut hilang), emas tu kita boleh simpan dengan Public Gold secara percuma!

Untuk faham lebih lanjut tentang pembelian secara GAP, boleh baca ebook percuma dari saya, klik APA ITU GAP?
Gold bar 1 gram keluaran Public Gold. Boleh dikeluarkan dari akaun GAP.

#2 – Beli Gold Bar 1 Gram

Selain gold bar 1 gram keluaran Public Gold, boleh juga beli gold bar 1 gram yang ada di pasaran. Harganya sekitar RM200 – RM300 sekarang ni. Buat masa ini yang terkenal di Malaysia (selain Public Gold) ialah gold bar 1 gram keluaran kedai-kedai emas seperti Poh Kong, Habib Jewal atau Wah Chan.

Mulakan dengan gold bar 1 gram jenama lain pun boleh, tapi secara jujurnya, saya tak galakkan sebab kebanyakkan gold bar 1 gram jenama selain Public Gold, harga per gramnya mahal, dan susut nilainya tinggi. Kalau nak jual balik emas tu nanti, susut nilainya boleh mencecah 20%! Lambat untung berbanding emas yang susut nilainya rendah. Melainkan anda beli emas untuk dijadikan ‘harta karun’ ataupun sekadar untuk koleksi, dan tak fikir langsung untuk jual, itu ok.

gold bar 1gram keluaran Poh Kong

Saya ingin kongsi satu ilmu emas, apa yang perlu sahabat pembaca tahu, harga per gram untuk item “gold bar 1 gram” yang dikeluarkan oleh mana-mana syarikat sekalipun, biasanya lebih mahal berbanding gold bar yang bersaiz lebih besar.

Maksudnya, HARGA PER GRAM untuk gold bar 1 gram biasanya lebih mahal berbanding beli gold bar yang bersaiz 10 gram atau 100 gram. Ini disebabkan minting cost-nya lebih mahal.

Cuma berdasarkan pemerhatian saya setakat ini, satu-satu cara untuk dapatkan gold bar 1 gram termurah di Malaysia hanyalah dengan beli melalui kaedah akaun emas GAP seperti point #1 saya di atas.

#3 – Beli Syiling Emas 1 Dinar

Kalau ada bajet dalam sekitar RM950 – RM1200, boleh beli syiling emas 1 dinar (4.25 gram). Beli dan simpan sendiri. Coin 1 dinar biasanya harga per gram lebih murah berbanding gold bar 1 gram. Ini disebabkan coin 1 dinar dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan, sedangkan gold bar 1 gram biasanya dijual sebagai “item koleksi” ataupun sebagai “hadiah” : harganya lebih mahal.
Syiling 1 dinar keluaran Public Gold, berketulenan 99.99%, berat 4.25 gram.

Banyak jenis dinar yang ada di pasaran sekarang ini, tapi berdasarkan pemerhatian saya, coin 1 dinar Public Gold yang terbaik (buat masa ini) disebabkan harga per gram lebih murah, dan susut nilainya rendah iaitu 9% sahaja. Ia antara yang terendah (paling untung) di Malaysia. Urusan jual beli pun mudah sebab Public Gold ada 18 cawangan seluruh Malaysia.

Untuk pembelian 1 dinar tersebut, boleh daftar secara PERCUMA di website Public Gold dan order secara online. Emas tu nanti boleh ambil di cawangan Public Gold terdekat″)

Mudah-mudahan dengan tips ringkas ini, sahabat pembaca boleh mulakan langkah pertama menyimpan emas, InsyaAllah.

#pendidikemasanda #publicgold  #goldaccumulationprogram #gap #celikemas #patuhsyariah #satugramsatubulan #sahabatemas #aset #asetmurah #emas #emasmurah #asetmampumilik #emasmampumilik #simpanemas #1gram1bulan #satugramsatubulan #asetemas #hartamas #dinar #dinarmurah #silver #silvermurah #dirham #dirhammurah #kewangan #tipskewangan #pengurusankewangan

No comments:

Post a Comment