Wednesday, 29 April 2020

KEPELBAGAIAN ASET

****************************************
Aset ada banyak. Ada yang kecil ada yang besar. Ada yang boleh pegang ada yang tak boleh dipegang. Ada yang boleh dilihat bentuknya, ada yang dalam bentuk nombor sahaja. Ada yang fizikal ada juga yang digital. Jom kita ketahui antara aset yang ada :


Tanah - Tanah termasuk dalam hartanah. Bukan tanah yang kita beli untuk berkebun tu tetapi merujuk kepada suatu kawasan tanah bersama dengan apa pun yang tinggal tetap di atas tanah tersebut, seperti bangunan, beserta sumber aslinya. Tanah harganya meningkat saban tahun tambah lagi jika lokasinya strategik untuk tanaman / pembangunan dan jenis fizikal tanah itu sesuai.

Rumah - Rumah juga termasuk dalam hartanah. Rumah bukan sahaja keperluan. Semua orang memerlukan kepada rumah sebagai timpat tinggal dan perlindungan. Rumah dikatakan sebagai aset yang bernilai kerana harganya yang semakin meningkat saban tahun. Tanya kepada orang lama berapa harga mereka beli rumah dulu, mesti kita dapati jurang harga yang agak besar dengan harga semasa.

Saham - Saham adalah pelaburan untuk menjana keuntungan. Dalam bahasa mudahnya "Saham adalah pegangan hak milik sesuatu syarikat dalam bentuk ekuiti." Jika kita beli sebahagian saham suatu syarikat, kita juga sebenarnya adalah rakan kongsi syarikat yang turut menumpang kekayaan yang diperoleh oleh syarikat.

ASB - ASB adalah singkatan daripada Amanah Saham Bumiputera. ASB merupakan dana unit amanah yang Bumiputera Malaysia. Namanya pun saham, maknanya kita menjadi sebahagian pembeli saham. Lebih kurang pelaburan saham juga. Itu bahasa mudah faham. Tujuannya untuk membantu bumiputera dalam menyediakan simpanan alternatif. Simpanan alternatif ASB ni  boleh menjana pulangan/ keuntungan setiap tahun.

EMAS - Emas merupakan satu-satunya aset yang boleh dipegang dalam saiz yang kecil. Terbahagi kepada dua ; emas simpanan ataupun emas perhiasan. Keduanya boleh dibawa masuk poket/ beg dan boleh dibawa ke mana sahaja. Melihat kepada graf emas, harganya turun dan naik setiap hari. Tetapi untuk jangkamasa panjang, harganya sentiasa meningkat.

Digital - Aset tidak semestinya dalam pegangan tangan. Syarat aset hanyalah memiliki. Aset digital semakin meluas di kala zaman teknologi yang makin berkembang kini. Aset digital lebih mudah dimiliki sekiranya kita bijak IT, berilmu, kreatif, kacak dan cantik (bonus lah). Semua platform boleh dijadikan aset. Asalkan ianya boleh menjana pendapatan melebihi bayaran keluar (jika platform perlu dibayar).

Begitulah ceritanya tentang aset. Ada banyak lagi aset lain yang tidak disenaraikan tetapi cukup untuk kita tahu,
"Jika dengan milikan kita itu duit masuk melebihi duit keluar, maka ianya aset." - Afiq Aiman Aznan

nota : Tidak semua aset sentiasa datangkan keuntungan. Sentiasa ada situasi yang boleh menyebabkan kerugian. Sebab itu pentingnya ilmu. Ingat, pelaburan yang paling menguntungkan adalah pelaburan ilmu.
*******************************************

Sunday, 26 April 2020

APAKAH ASET?

Setiap yang kita miliki, boleh dibahagikan kepada dua. Sama ada ianya aset atau liabiliti, kita lah yang lebih tahu.
"Aset ialah sesuatu yang membuatkan duit masuk ke dalam poket kita, manakala liabiliti ialah sesuatu yang membuatkan duit keluar dari poket kita." - Warren Buffet
Aset boleh ditakrifkan sebagai setiap milikan sendiri, yang mempunyai nilai ekonomi boleh 'dicairkan' menjadi tunai. Kalau kita miliki suatu itu, ianya bertambah nilai, mendatangkan keuntungan atau menjana kewangan di masa akan datang, itulah aset. Contohnya, tanah, rumah, milikan yang disewakan, EMAS, unit amanah & saham, aset digital, dan banyak lagi.

Liabiliti ialah milikan sendiri yang mengeluarkan duit dari poket kita. Contoh paling mudah ialah segala komitmen kita yang mendesak kewangan kita keluar lebih dari masuknya duit. Sama ada dari segi installment, maintenance dan sebagainya. Contoh liabiliti ialah kenderaan, langganan utiliti harian seperti Astro, internet, suratkhabar, pembelian perabot secara insurans dan banyak lagi.
" Orang kaya membeli aset, orang kebanyakan membeli liabiliti yang menganggap mereka membeli aset " - Robert Kiyosaki

Jangan kita salah anggap dengan liabiliti. Banyak liabiliti boleh dijadikan aset. Contohnya milikan motor/ kereta/ lori yang dijadikan medium penghantaran barang atau dijadikan perkhidmatan sewa. Jika hasil yang dijana melebihi tunai untuk dibayar pada bank, maka ianya adalah aset.

Sebahagian besar liabiliti ini merupakan keperluan dan kita tiada pilihan melainkan terpaksa miliki juga. Maka, kita perlu bijak dalam pemilihan liabiliti yang sesuai dengan kemampuan kita.

Bagaimana dengan emas? 

Emas merupakan aset kerana ianya tidak mengeluarkan duit. Kita hanya tukar duit tunai kepada bentuk yang lain iaitu emas. Melihat kepada graf harga emas, walaupun harganya turun naik setiap hari tetapi nilainya sentiasa meningkat untuk jangka masa yang panjang.

Kesimpulannya, penting untuk kita mengenali aset dan liabiliti kerana ia memudahkan kita untuk proses ke arah kebebasan kewangan.
"Mungkin kita tak mampu urus ekonomi negara mahupun negeri, tetapi urus ekonomi sendiri itu tanggungjawab kita yang pasti." - Afiq Aiman Aznan

#pendidikemasanda #publicgold  #goldaccumulationprogram #gap #celikemas #patuhsyariah #satugramsatubulan #sahabatemas #aset #asetmurah #emas #emasmurah #asetmampumilik #emasmampumilik #simpanemas #1gram1bulan #satugramsatubulan #asetemas #hartamas #dinar #dinarmurah #silver #silvermurah #dirham #dirhammurah #kewangan #tipskewangan #pengurusankewangan